Selasa, 3 Jun 2008

PIHAK BERKUASA MELANTIK

Tidak seperti di sektor swasta, sektor awam mempunyai kelainan yang tersendiri. Salah satu yang saya maksudkan ialah Pihak Berkuasa Melantik (PBM). Bagi sesebuah jabatan, biasanya jabatan berkenaan tidak mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan. Umumnya, pelantikan akan dijalankan oleh PBM yang dipanggil suruhanjaya. Walaubagaimanapun, ia hanya dipakai bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam, sama ada perkhidmatan awam persekutuan ataupun negeri. (Bagi maksud perkhidmatan awam, saya suka jika anda sebagai pencari kerja dapat merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan). Bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun sama ada persektuan ataupun negeri, mereka mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan pegawai dan kakitangan mereka sendiri.
Sebagai makluman kepada anda, jika anda ingin mencari pekerjaan di peringkat persektuan, anda perly tahu bahawa permohonan anda hendaklah disampaikan ke Suruhanjaya yang berkenaan. Untuk pengetahuan anda, bidang kuasa suruhanjaya ini adalah;

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam membuat pelantikan pegawai dan kakitangan persekutuan bagi kebanyakan skim perkhidmatan kecuali di bawah kementerian pelajaran, jabatan peguam negara, anggkatan tentera dan polis di raja Malaysia.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan pula melantik pegawai dan kakitangan di bawah kementerian pelajaran seperti pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah, bukan siswazah dan juga kakitangan sokongan yang lain.

Manakala Suruhanjaya Perundangan dan Kehakiman pula melantik pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan Peguam Negara

Majlis Angkatan tentera pula mempunyai kuasa melantik anggota tentera sama ada laut, darat dan udara.

1 ulasan:

  1. satu blog yang baik bagi membantu para graduan dan para penganggur utk memahami dengan lebih lanjut kaedah-kaedah mencari kerjaya yang sesuai. syabas saudara muhabir ...

    BalasPadam